mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Imani *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Science (Biology)

Sydney University (Telah Bergraduasi)

Sabak Bernam, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang graduan daripada The University of Sydney dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Sains) (Biologi). Saya mempunyai pengalaman dalam mendidik sebagai guru sukaralewan di sekolah rendah awam di Sydney selama setahun. Saya seorang yang mudah didekati dan ramah namun tegas dalam melaksanakan tugasan. Saya masih baharu dalam bidang 'tutoring' namun saya mudah untuk belajar perkara baharu dan yakin dengan peluang dan pengalaman yang diberikan akan menjadikan saya seorang pendidik yang cemerlang. Pengalaman berurusan dengan rakan dan pendidik yang berbeza latar belakang di universiti menjadikan saya lebih mahir dalam berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang mempunyai kaedah pembelajaran berbeza.
Teknik Pengajaran
Saya akan banyak menggunakan kaedah pengulangan melalui latihan supaya pelajar dapat memahami dan mengingati topik dengan baik. Saya juga gemar menerapkan kaedah kuiz melalui pelbagai medium seperti Kahoot untuk menarik minat pelajar. Teknik perlambangan dan peta minda juga biasa saya terapkan bagi memudahkan pemahaman konsep dan aturan peristiwa/mekanisme terutamanya untuk mata pelajaran sains dan sejarah.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Darjah 6, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Arab Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4