Profile Picture

Athirah Bt *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Degree In Forensic Science (Honour), Msu

Kajang, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Athirah Lee, saya juga bekerja sebagai guru tuisyen di pusat tuisyen sekitar Kajang. Saya merupakan seorang tutor yang professional dan berketrampilan dan berpengalaman dalam mendidik pelajar prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek bahasa Cina dan Matematik merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa bahasa Melayu dan Sains merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul dan memahami perkembangan murid-murid termasuk psikologi pembelajaran menjadikan saya seorang pendidik yang dapat membimbing pelajar yang lemah dan kurang minat dalam pelajaran justeru melahirkan pelajar cemerlang. Saya juga mahir dalam menggunakan teknologi terkini untuk megajar secara talian dan kreatif. Nak anak skor cemerlang tanpa hanya menghafal buku? Hubungi saya segera.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman mengajar pelajar yang tiada asas subjek tertentu dan lambat untuk belajar sesuatu, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik dan mudah bergantung kepada keupayaan pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik "game based learning" dalam mencapai objektif pembelajaran. Saya juga menekankan interaksi dengan setiap pelajar sepanjang pembelajaran untuk memastikan pelajar faham dan tidak rasa ketinggalan. Selain itu, saya pakar memodifikasi bahan mengajar mengikut tahap pembelajaran pelajar tersebut. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Cina Darjah 1, Darjah 6
Matematik - Bahasa Cina Darjah 1, Darjah 6
Bahasa Cina untuk SJKC Darjah 6
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3