Profile Picture

Nurulhayat Mahamad *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Elektrikal Telekomunikasi

Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) (Telah Bergraduasi)

Petaling Jaya, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Saya Cikgu Hayat yang bekerja sebagai seorang jurutera elektrik di Petaling Jaya. Saya pernah diberi peluang untuk mengajar sebagai guru ganti yang mengajar subjek Bahasa Inggeris selama 3 bulan di SAM Sg Merab Luar pada tahun 2013 dan juga menjadi tutor subjek Matematik (sekolah rendah) sebelum saya bekerja sebagai jurutera. Saya amat berminat untuk membantu pelajar yang lemah dalam subjek Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Sains (subjek Major) dan boleh juga mengajar subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai subjek Minor.
Teknik Pengajaran
Teknik Pengajaran paling utama saya gunakan adalah menguji pemahaman dalam perkara dan konsep asas dalam setiap subjek. Pengujian ini saya terapkan bagi mendapatkan tahap pemahaman pelajar dan untuk membantu pelajar dalam membina keyakinan untuk menjawab soalan-soalan yang 'tricky' dan memerlukan jalan penyelesaian yang panjang.

Saya juga suka membimbing pelajar satu per satu langkah bagi pelajar yang sangat susah memahami satu-satu subjek, namun yang penting pelajar sendiri mempunyai keinginan untuk dibimbing dan juga ingin cemerlang dalam subjek yang dipelajari. Saya juga menerapkan teknik hafalan yang berkesan menggunakan akronim, bahan jenaka, aktiviti permainan dan juga latihan-latihan yang boleh membantu pelajar dengan berkesan. Saya seorang yang sedikit tegas namun masih fleksibel, tidak cerewet dalam mengajar dan juga sabar dalam membantu pelajar mengikut keupayaan saya.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 5, Darjah 6
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 2
Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 2