mytutor_mobile
Profile Picture

Aiman Bin *******

Sarjana Muda - Bachelor Of Environmental Health (hons) (institute Of Medical Science Technology, Universiti Kuala Lumpur)

Subang Jaya, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai! Saya Aiman. Berumur 24 tahun dan kini seorang Jurutera Alam di sebuah syarikat jepun antarabangsa di Shah Alam. Kini saya sedang mengajar lebih kurang 3 orang pelajar di bawah saya. Untuk memastikan setiap pelajar menerima tutor yang berkualiti, saya mengehadkan bilangan pelajar di bawah saya. Pengelaman mengajar saya dengan beberapa lagi agensi pertutoran menjadikan saya lebih mesra dan lancar dengan kaedah pelajaran dan syllabus terkini. Fokus saya lebih kepada subjek Biology dan sains kerana latar belakang ijazah sarjana muda saya juga yang berkait rapat dengan subjek-subjek ini. Dengan hanya fokus pada dua sujek ini juga membolehkan saya tumpu untuk mengajar lebih efektif dengan bahan mengajar yang lengkap kepada pelajar saya. Saya juga seorang yang bergiat dalam public speaking dan pembentangan awam semasa di universiti, jadi komunikasi yang efektif bukanlah satu masalah bagi saya. Saya percaya lain pelajar mempunyai lain cara pendekatannya. Setiap pelajar ada kebolehannya tersendiri, tapi cara yang betul dapat menentukan hasil nya.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik pelajaran menggunakan interaktif media di mana pelajar akan belajar dengan lebih menggunakan grafik dan ''mind map''. Setiap akhir pelajaran , saya akan memberikan mindmap kepada belajar supaya mereka dapat baca semula dalam masa terdekat. Tutor seharusnya memberikan mood berbeza kepada pelajar supaya daya pemikiran mereka lebih kreatif dan terangsang. Selain itu, pelajar akan lebih di dedahkan dengan teori pemahaman soalan2 esei dan cara menghafal maklumat dengan formula ayat yang mudah. Sebelum sesi, saya akan analisa topik lemah terlebih dahulu dan cuba untuk memberi kefahaman sehingga pelajar dapat faham konsep asas sesetengah topik.
Subjek
Subjek Tahap
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 5, Tingkatan 4
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3