Profile Picture

Noorain Binti *******

(Online & Physical)

Doktor Falsafah(phd) - Phd Physics (Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi)

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Bandar Enstek, Negeri Sembilan

PHD

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan graduan PhD sejak tahun 2019 dalam bidang Fizik daripada UKM. Saya mempunyai pengalaman menjadi guru ganti di SMK Sri Andalas Klang selama 9 bulan mengajar subjek Sains dan Matematik tingkatan 1 dan 2. Saya juga mempunyai pengalaman menjadi tutor persendirian dalam subjek Matematik (T1-T5), Matematik Tambahan (T4-T5), Fizik (T4-T5) serta Sains (Darjah 4-6, T1-T5). Saya juga mempunyai pengalaman menjadi Instruktor di Pusat Genius Negara UKM untuk pemilihan pelajar-pelajar yang mempunyai level IQ lebih daripada 130.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya gunakan dan aplikasikan sepanjang sesi pembelajaran adalah seperti teknik penerangan aras rendah hingga aras tinggi, teknik soal jawab, teknik perbincangan latihan asas dan KBAT serta teknik menjawab mengikut skema peperiksaan. Teknik yang digunakan hendaklah bergantung kepada keadaan dan berdasarkan kepada minat pelajar serta bahan pengajaran yang hendak disampaikan. Saya menggunakan bahan online dan juga buku-buku terkini yang mempunyai nota asas, nota terperinci, latihan kemahiran berfikir aras tinggi, serta contoh-contoh latihan mengikut modul peperiksaan agar pelajar membiasakan diri menjawab soalan tersebut.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 4, Darjah 3
Sains Tingkatan 4, Darjah 3
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4
Matematik Tambahan Tingkatan 4
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Darjah 3
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4
Sains - DLP Bahasa Inggeris Darjah 3