mytutor_mobile
Profile Picture

Thanisha A/p *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian & Ipg Kampus Bahasa Melayu

Jasin, Melaka

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya meupakan guru baharu di sebuah sekolah di Selangor. Saya baru berpengalaman 6 bulan tetapi saya pernah bekerja sebagai guru sambilan di dua buah sekolah. Saya telah menjalankan praktikum fasa 1 selama 6 bulan di sekolah SK dan praktikum fasa 2 di sekolah SJKT. Selain itu, saya juga pernah menjalankan Internship saya di sekolah yang sama sewaktu saya menjalankan praktikum fasa 1. Saya pernah melalui karakter murid yang pelbagai. Saya pernah mengajar murid ADHD. Saya suka memanggil murid yang senyap dan tidak suka menjawab soalan saya di kelas. Murid yang sebegini pernah mengatakan saya sebagai guru yang mereka tidak suka tetapi saya bangga dengan diri saya kerana saya dapat menajalnkan tugas saya sebagai guru iaitu melahirkan murid yang cemerlang. Saya tidak memaksakan murid untuk mendapat markah yang cemerlang tetapi saya pastikan murid belajar sesuatu pada akhir pengajaran saya. Selain daripada belajar, murid lebih selesa memberitahu masalah mereka kepada saya. Saya suka mendengar dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid.
Teknik Pengajaran
Teknik yang saya gunakan adalah fleksibel. Murid mempunyai pelbagai gaya pembelajaran. Ada kalangan murid suka belajar menggunakan nota lengkap dan ada juga kalangan murid yang lebih suka belajar menggunakan kata kunci. Ada kalangan murid yang suka menggunakan kedua-dua teknik. Saya lebih suka menggunakan akronim dalam pengajaran saya kerana ia lebih mudah untuk mengingat sesuatu topik pelajaran. Saya lebih suka menggunakan teknik yang digemari oleh murid. Saya bantu murid manakala murid membantu saya memahami sesuatu topik yang saya ajar. Itulah ayat yang saya pegang.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 2, Darjah 5
Pendidikan Moral Darjah 2