mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Natasha *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor of mechanical engineering (Honours) USM

Larut & Matang, Perak

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Cikgu Aiza adalah nama saya. Saya berpengalaman menjadi mentor untuk mengajar subjek-subjek seperti Matematik dan Fizik semasa sekolah menengah dan juga matrikulasi. Walaupun saya bukan dari bidang pendidikan, namun minat mengajar saya sangat mendalam terutama dalam bidang Matematik. Semasa SPM 2016, saya mendapat keputusan cemerlang 10 A dan menjadi tokoh akademik semasa matrikulasi. Cara saya mengajar sangat mudah dan akan disukai oleh pelajar. Sekiranya anda adalah ibu bapa yang menginginkan anak-anak belajar tanpa stress tetapi boleh skor dalam pelajaran? Jom belajar dengan saya, InsyaAllah puas hati!!
Teknik Pengajaran
Era saya sebagai pelajar baru sahaja berlalu dan berjaya menjadi pelajar cemerlang SPM serta menerima tajaan penuh biasiswa Yayasan Tabung Haji untuk melanjutkan ijazah sarjana muda. Oleh itu, beberapa teknik pembelajaran yang terbukti berkesan saya telah praktikkan seperti teknik formula mudah, teknik ringkas untuk Matematik tambahan dan pelbagai lagi. Mod pembelajaran adalah atas talian, Meskipun begitu, saya akan memastikan pelajar saya faham sepenuhnya dengan mengadakan komunikasi dua hala. Belum cuba belum tahu, sudah cuba confirm tak tukar guru😊
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 6
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 5
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5