mytutor_mobile
Profile Picture

Suffian At *******

Sarjana Muda - Bachelor Of Electronic Engineering (usim)

Kuala Kangsar, Perak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan Graduan Universiti Sains Islam Malaysia dalam Sarjana Muda Kejuruteraan elektronik dalam Kepujian. Saya mempunyai niat yang mendalam dalam bidang pendidikan dan bercita-cita untuk menjadi seorang tenaga pendidik di masa depan.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya ialah kaedah inkuiri dan penyoalan. Kaedah inkuiri merangkumi semua aspek termasuklah merancang,menyiasat, menganalisa dan menemui. Kaedah ini sesuai untuk mengajar subjek matematik dan matematik tambahan. Seterusnya, kaedah penyoalan. Teknik Penyoalan dalam kelas memainkan peranan penting dalam menarik minat pelajar meminati mata pelajaran seperti Sains yang memerlukan pemahaman dan teknik menjawab soalan yang tepat. Saya memberikan soalan yang mampu mencabar minda dan langsung merangsang pelajar untuk berfikir dan mencari jawapan dengan pelbagai cara.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3
Sains Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Mengaji - Al-Quran Mengaji