mytutor_mobile
Profile Picture

Nursyuhadak Nasri

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Bachelor Of Science ( Honours ) Physics

Krubong, Melaka

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum. Saya Cikgu Syu. Saya merupakan seorang graduan daripada Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor dalam pengkhususan Sains Fizik dan telah berkhidmat sebagai guru ganti di beberapa buah sekolah di Melaka. Kini, saya sedang melanjutkan pengajian dalam Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Semasa berkhidmat sebagai guru ganti, saya mengajar subjek Matematik, Sains, Fizik, Muzik dan juga Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Tetapi saya lebih fokus kepada subjek Matematik bagi Sekolah Rendah, manakala subjek Matematik Moden, Matematik Tambahan dan Fizik bagi Sekolah Menengah. Berikut merupakan senarai sekolah yang telah saya berkhidmat sebagai guru ganti. 1. SK Kerubong ( Sains dan Matematik Tahun 4&6) 2. SRA JAIM Batang Tiga Timur ( Sains dan Matematik Tahun 1,3 dan 6)
Teknik Pengajaran
- Strategi pengajaran berpusatkan murid dan bahan
- Kaedah dan teknik pengajaran yang pelbagai dengan mengaplikasikan didik hibur (fun learning)
- Mengaplikasikan mikro teaching seperti set induksi, kemahiran penerangan, penyoalan, pengukuhan, variasi rangsangan, penutup
- Mengaplikasikan permainan dan kuiz atas talian

Bagi subjek Matematik dan Fizik, saya akan tekankan kepada konsep dan formula kepada murid sebelum memberikan mereka latihan. Hal ini kerana, saya tidak mahu mereka miskonsepsi dan campur aduk formula. Memang tidak dinafikan subjek matematik dan Fizik ini memerlukan murid untuk membuat banyak latihan. Saya akan bertanya kepada murid saya terlebih dahulu sesuatu topik dan membetulkan mereka jika terdapat miskonsepsi , setelah itu saya akan memberikan latihan dan membuat bersama sama dengan murid sehingga murid faham topik tersebut.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Matematik Darjah 2, Darjah 3, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5