Profile Picture

Norshahida Akma *******

Sarjana Muda - Bachelor of Management (Policy Social Environment)

Banting, Selangor

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Norshahida Akma binti Alias. Graduan dari Universiti Sultan Zainal Abidin pemegang Ijazah Sarjana Sains Sosial(Sosiologi) tahun 2020. Saya telah bekerja sebagai Guru Tusyen bermula pada tahun 2018 sehingga 2020. Pekerjaan pertama saya apabila saya ditawarkan mengajar anak-anak polis di bawah Persatuan Perkep (Persatuan Keluarga Perkep Setiu). Mata pelajaran yang diajar adalah Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris yang tertumpu kepada pelajar sekolah rendah dari darjah 1 sehingga darjah 6. Saya juga turut mengajar anak-anak kepada pensyarah saya dalam subjek Bahasa Melayu (membaca). Saya akui seorang guru memerlukan tahap kesabaran yang maximun dalam mendidik pelajarnya. Hal ini kerana saya dapati bahawa setiap pelajar mempunyai karenah dan tingkah laku yang berbeza.
Teaching Method(s)
Setiap daripada kalangan guru mempunyai pendekatan pengajaran yang berbeza. Saya merupakan seorang yang mengutamakan proses pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka. Saya berpendapat bahawa perjumpaan secara bersemuka memudahkan proses pemindahan ilmu. Sehubungan dengan itu, teknik yang digunapakai ketika mengajar pelajar tadika adalah kaedah fonik dan mengeja. Bagi pelajar sekolah rendah dan menengah pula, saya akan memberitahu lebih awal atau seminggu sebelum bermulanya kelas berkaitan tajuk yang akan dibincangkan bagi mengelak pembaziran masa berlaku. Maka, masa yang ada digunakan untuk berbincang soalan yang tidak difahami oleh pelajar.
Subject
Subject School Level
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6