Profile Picture

Siti Norhayati *******

Sarjana Muda - Sarjana Muda Dengan Kepujian Sains Kesihatan (Dietetik) (Universiti Sains Malaysia, Kelantan)

Kota Bharu, Kelantan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Cikgu Yati, berkelulusan Sarjana Muda - Sarjana Muda Dengan Kepujian Sains Kesihatan (dietetik) USM Kelantan dan merupakan Lepasan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (Jurusan Sains Hayat) serta berkelulusan Sijil - SPM, 9A, MRSM Alor Gajah, Melaka.  Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman mengajar selama 8 tahun sejak 2015 dalam mendidik anak bangsa bermula sekolah rendah sehingga sekolah menengah. Kepakaran saya adalah dalam subjek major iaitu Matematik dan subjek minor saya adalah Bahasa Melayu termasuk 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) serta Bahasa Inggeris dan Sains untuk Sekolah Rendah. Pengalaman saya dalam pelbagai aspek bidang pendidikan membuatkan saya berkobar-kobar dalam mendidik anak bangsa untuk terus cemerlang setanding taraf pendidikan dunia luar. Tidak dinafikan saya mempunyai pengalaman dalam mengajar pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di Sekolah-sekolah Kebangsaan sekitar kawasan saya, bergantung kepada permintaan guru sekolah tersebut. Saya juga merupakan tutor di Pusat Tuisyen IQ dan juga pusat tuisyen lain Berdekatan kawasan saya. Di samping mengajar tuisyen di sekolah dan pusat tuisyen, saya juga merupakan tutor bagi kelas persendirian di rumah pelajar, tutor bagi pelajar datang rumah saya dan juga tutor dalam kelas atas talian (online) . Saya merupakan tutor yang mampu mengendalikan kelas sama ada secara persendirian atau berkumpulan. Jika tuan puan mencari tutor yang berpengalaman dan berkaliber untuk membentuk anak tuan puan cemerlang dan berdisiplin dalam pelajaran, tuan puan, boleh hubungi saya. Sekian terima kasih.
Teknik Pengajaran
Sebelum saya tekankan teknik pengajaran kelas saya, saya terlebih dahulu menyatakan visi dan misi saya bagi setiap kelas adalah menjadikan kelas saya disukai pelajar dan pelajar mendapat input yang maksima dalam membantu pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dalam pendidikan di sekolah.

Pengalaman saya selama 8 tahun mengajar menjadikan setiap kelas pelajar saya menarik dan penuh dengan pelbagai aktiviti berilmiah. Saya mahir mengendalikan kelas bagi pelajar yang kurang tumpuan. Selain itu, saya mahir mengendalikan kelas dengan pelbagai aktiviti menarik sama ada kelas bersemuka dan secara atas talian (omline) bagi menarik minat pelajar memberi tumpuan semasa kelas berjalan.

Saya juga mampu memberikan komitmen tinggi terhadap pelajar iaitu menepati masa dan mengajar dalam jangka masa yang dicadangkan oleh ibu bapa pelajar. Pengalaman yang ditimba selama ini mampu membuatkan saya menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran bagi setiap pelajar, iaitu teknik yang berbeza-beza mengikut keperluan dan kesesuaian pelajar tersebut. Teknik pengajaran saya adalah menjadikan suasana kelas ceria dan menarik bagi tarikan pelajar untuk semangat belajar terutama sekali bagi kelas secara atas talian (online).

Paling utama dalam teknik pengajaran saya adalah menjadikan subjek tersebut subjek kesukaan pelajar dan menjadikan pelajar tersebut mahir dalam subjek tersebut. Saya menggunakan kaedah bermain permainan kuiz bagi kelas secara atas talian (online) bagi melatih pelajar menjawab soalan dan yakin dalam memberikan jawapan setelah pelbagai kaedah dilaksanakan. Kepakaran saya dalam mendidik anak bangsa menjadikan bidang mendidik pelajar dari segi akademik membuatkan para pelajar menyukai setiap kelas saya.

Akhir kata, kepuasan ibu bapa dalam melihat kecemerlangan anak-anak di capai, adalah kegembiraan saya sebagai tutor anak tuan puan.

Terima kasih.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Tadika, Darjah 1
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Sains Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3