Profile Picture

Mohd Syahid *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Sarjana Pendidikan (Kurikulum Dan Pengajaran)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Telah Bergraduasi)

Gombak, WP Kuala Lumpur

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Sarjana (Master) Pendidikan (Kurikulum dan Pengajaran) dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Sejarah dari Universiti Malaya (UM) serta mempunyai Diploma Pendidikan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sekarang, saya berkhidmat sebagai Pensyarah di Pusat Pengajian Pendidikan dan Kemanusiaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Kuala Lumpur. Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tersebut, saya mengajar subjek-subjek yang berkaitan dengan bidang pendidikan seperti Pedagogi, Komunikasi, Sosiologi, Falsafah dan lain-lain lagi. Pelajar-pelajar saya merupakan mereka yang sedang mengikuti kursus / pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) dan Diploma Pascasiswazah Pendidikan / DPLI. Di samping itu, saya mendapat pelantikan sebagai pakar dalam bidang akademik oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ini. Tanggungjawab saya merangkumi pelbagai aspek termasuk pengajaran, menjalankan penyelidikan dan menguruskan tugas pentadbiran berdasarkan kepakaran tertentu. Selain itu, saya diberi kepercayaan untuk mereka bentuk, membangunkan serta menyebarluaskan bahan pendidikan melalui pelbagai kaedah dan platform. Tambahan pula, sebelum ini saya sememangnya mempunyai hampir 7 tahun pengalaman mengajar mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah dari tahun 2016 hingga 2023.
Teknik Pengajaran
Sebagai pendidik yang sangat profesional, saya mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran yang berpusat pada keperluan individu pelajar. Saya memperkemas pembelajaran dengan penggunaan teknologi, mendorong kerjasama melalui pembelajaran kolaboratif dan melakukan penilaian beragam untuk memberikan pemahaman holistik terhadap kemajuan pelajar. Saya menitikberatkan pembelajaran aktif, menjelaskan tujuan pembelajaran secara jelas dan mengembangkan keterampilan hidup, sambil terus merefleksikan dan meningkatkan pendekatan pengajaran saya.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu STPM - Tingkatan 6, Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1, Tadika, Dewasa, Cambridge - Tahun 1, Cambridge - Tahun 2, Cambridge - Tahun 3, Cambridge - Tahun 4, Cambridge - Tahun 5, Cambridge - Tahun 6, Cambridge - Tahun 7, Cambridge - Tahun 8, Cambridge - Tahun 9, Cambridge - Tahun 10, Cambridge - Tahun 11
Sejarah STPM - Tingkatan 6, Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4
Membaca - BM Tingkatan 5, Tingkatan 4, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1, Tadika
Geografi Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1
Kesusasteraan Melayu Komunikatif Tingkatan 5, Tingkatan 4
Prasekolah - 3M Tadika
Membaca - BI Tadika
Bahasa Inggeris Tadika
Sains Tadika
Communication & Writing Tadika
Matematik Tadika