Profile Picture

Nurul Ain *******

Sarjana Muda - Bachelor Of Science In Biology With Honours (Universiti Putra Malaysia)

Ulu Kinta, Perak

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Salam perkenalan. Saya Cikgu Ain. Saya merupakan seorang graduan kelas pertama UPM dan juga merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap tugasan yang diberi. Walaupun masih baharu dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, itu bukanlah penghalang kerana berbekalkan ilmu dan pengalaman saya sebagai tutor dan pelajar cemerlang di universiti, saya mempunyai kemahiran dalam menjadikan sesi pembelajaran lebih berkesan dan efektif mengikut keupayaan para pelajar. Subjek Biologi dan Sains merupakan subjek major saya dan Matematik adalah subjek minor. Nak anak skor cemerlang dalam Biologi dan Sains? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Dalam memastikan sesi pembelajaran pelajar lebih berkesan dan seronok, saya banyak menggunakan pendekatan peta minda beranimasi bagi membolehkan para pelajar lebih memahami konsep dan teori saintifik dengan lebih mudah. Saya juga sering mengadakan sesi perbincangan dan interaksi dua hala antara pelajar dan tutor dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar tidak mudah bosan, mampu memberikan pendapat serta meningkatkan tahap kefahaman para pelajar. Menjadikan subjek Biologi dan Sains sebagai subjek yang seronok, mudah dipelajari dan bukan sekadar subjek hafalan semata-mata adalah misi saya. Dan kepuasan para pelajar dalam mencapai kecemerlangan adalah visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5