mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Natasha *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Bachelor In Mathematics Education With Hons

Petaling Jaya, Selangor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum, saya cikgu Natasha atau lebih dikenali sebagai Teacher Natasha. Saya merupakan graduan daripada Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik dengan Kepujian daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris dan berjaya mencapai CGPA 3.88. Sejak dari sekolah lagi, saya sememangnya minat untuk mengajar rakan-rakan dalam kelas dan telah menanam keinginan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang pada masa akan datang. In Shaa Allah. Saya mempunyai pengalaman mengajar tuisyen di beberapa pusat tuisyen di Petaling Jaya. Saya berkemahiran untuk mengajar subjek Matematik dan Matematik Tambahan. Alhamdulillah hasil daripada tuisyen bersama saya, murid-murid saya berjaya menunjukkan peningkatan daripada gagal dalam mata pelajaran Matematik kepada lulus dengan jayanya. Saya juga banyak menerima 'feedback' yang positif daripada ibu bapa dan murid yang pernah menyertai tuisyen bersama saya. Anda mahu anak anda berjaya dengan cemerlang dalam subjek Matematik? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya gemar menekankan teknik pengajaran secara perbincangan dengan murid. Hal ini adalah kerana saya ingin menggalakkan wujudnya interaksi 2 hala antara guru dan murid. Saya juga dapat menilai tahap pemahaman murid melalui aktiviti perbincangan ini. Tambahan lagi, ianya juga dapat membantu meningkatkan keyakinan murid untuk bercakap. Selain itu, saya juga suka untuk membuat penekanan isi-isi penting secara berulang ulang. Penekanan ini dilakukan supaya ianya dapat membantu murid mengingat konsep yang penting untuk membantu mereka membuat pengiraan dengan baik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5