Profile Picture

Nurhafizah Binti *******

Sarjana Muda - Sarjana Muda Sains Gunaan Dan Pengajian Islam (Major Genetik Molekul). Universiti Malaya.

Seremban, Negeri Sembilan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Hafizah. Merupakan bekas guru sekolah menengah. Berpengalaman selama 7 tahun menjadi pendidik dan tenaga pengajar bagi pelajar sekolah menengah. Mempunyai Diploma Pendidikan dalam Pengajaran Matematik. Berpengalaman mengajar subjek Matematik Menengah Rendah dan Sains Menengah Atas. Mahir mengajar subjek Sains Tingkatan 5 dan mengendalikan Bengkel Teknik Menjawab Kertas Sains SPM. Gred Purata Mata Pelajaran Sains SPM bagi kelas-kelas yang saya kendali sentiasa meningkat dari setahun ke setahun. Lebih separuh daripada jumlah keseluruhan pelajar telah mendapat Gred A dalam mata pelajaran tersebut. Ini kerana pelajar-pelajar saya akan sentiasa positif untuk berusaha dan bermotivasi untuk belajar dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang merangkumi pelbagai teknik pengajaran yang saya sampaikan kepada mereka bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek yang dipelajari.
Teknik Pengajaran
Teknik Pengajaran saya adalah kepada student-centered, iaitu berpusatkan kepada pelajar. Semasa sesi kelas berlangsung, pelajar akan dibimbing oleh saya sebagai tutor untuk memahami konsep-konsep penting dalam sesuatu isi pelajaran . Pelajar juga akan dibimbing untuk berfikir secara kreatif dan kritis bagi menjawab soalan-soalan dengan kendiri. Di samping membekalkan mereka dengan modul latihan yang lengkap, mereka juga akan dibimbing untuk menghasilkan nota dengan pelbagai teknik terkini bagi memudahkan rujukan mereka.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Sains Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1
Matematik Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2
Membaca - BM Tadika
Membaca - BI Tadika
Prasekolah - 3M Tadika