Profile Picture

Filzah Binti *******

(Physical)

Sarjana(master) - Master In Gastronomy

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Graduated)

Tuaran, Sabah

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya seorang tutor yang dedikasi dan mempunyai empati yang tinggi terhadap pelajar. Melalui pengalaman mengajar anak-anak, saya melihat ada satu keperluan bagi seorang tutor untuk membantu pelajar memahami dan menguasai topik yang diajar. Saya percaya dengan pendekatan yang interaktif dan menyeronokkan, pelajar akan lebih berminat dan terlibat dalam proses pembelajaran. Subjek utama yang saya ajar adalah Bahasa Inggeris dan Matematik. Manakala Bahasa Melayu pula merupakan subjek minor yang saya boleh ajar. Saya sentiasa bersedia untuk belajar dan berkembang bersama-sama dengan pelajar saya. Semoga bermanfaat untuk masa depan anak bangsa kita
Teaching Method(s)
Kaedah pengajaran saya akan bergantung kepada tingkah laku dan personaliti kanak-kanak. Saya akan menggunakan pelbagai kaedah termasuk bermain permainan, menyanyi, membaca, dan menonton video ringkas untuk menarik minat mereka. Saya juga akan menyediakan nota berwarna yang dipermudahkan (mungkin dalam bentuk point atau peta minda) untuk memudahkan pemahaman mereka. Pendekatan ini memastikan setiap kanak-kanak dapat belajar dengan cara yang sesuai dengan mereka, menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan dan berkesan.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Darjah 6
Matematik Darjah 6
Mengaji - Iqra Darjah 6