Profile Picture

Zainab Sholehah *******

Sarjana Muda - Bachelor of Science (Hon.) Plant Science (IIUM)

Bandar Puncak Alam, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Zainab. Saya baru sahaja menamatkan pelajaran dalam peringkat Master dan sedang menanti tarikh formal untuk mendapatkan sijil Master (2022). Berkenaan tutor, saya mempunyai kemahuan yang tinggi untuk memahamkan pelajar dalam subjek Matematik. Saya ingin mengubah pandangan pelajar yang mungkin sesetengahnya menganggap subjek Matematik adalah subjek yang susah. Melalui pengalaman saya yang pernah merasakan Matematik adalah susah, semuanya berubah apabila saya mendapat cikgu Matematik yang dapat memahamkan saya, dan boleh ulang dan ulang dengan sabar setiap kali saya bertanya kepadanya. Oleh itu, saya percaya guru yang bersesuaian dengan pelajar dapat membantu pelajar untuk kembali berteman dengan Matematik.
Teknik Pengajaran
Bagi teknik pengajaran, setiap pelajar ada isunya yang tersendiri. Walaubagaimanapun, titik tolaknya adalah bermula dari penghafalan sifir. Jika pelajar sudah dapat hafal sifir darab dan bahagi, pelajar sebenarnya sudah menyelesaikan separuh daripada masalah Matematik itu sendiri. Jika ada pelajar yang masih belum menghafal sifir, saya menggunakan teknik lama dan baru bagi membantu mereka. Teknik lama adalah dengan menghafal satu persatu mengikut aras sifir. Dan pelajar perlu menyiapkan sifir yang disediakan tutor dan memintanya untuk selalu rujuk bagi menguatkan ingatannya. Teknik baru adalah dengan menunjukkan corak/pattern hasil darab. Jika pelajar dapat memahami teknik lama dan baru, pelajar akan mudah untuk menyelesaikan masalah-masalah Matematik yang lain. Selain itu, saya mengajar mengikut bab dan jika ada pelajar yang tak dapat mengikut arus pembelajaran, saya tidak terus 'push' pelajar untuk ikut kelajuan saya. Saya akan bagi pelajar bertenang dan cuba memahami situasinya untuk dia menghadam pelajarannya. Jika pelajar sudah bersedia, saya akan sambungkan pembelajaran. Belajar-tenang-belajar. Saya percaya ilmu hanya akan mudah diterima jika pelajar sendiri berada dalam keadaan bersedia untuk menerimanya.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1