Profile Picture

Muhammad Zulfiqar *******

Sarjana(master) - MASTER OF EDUCATION (HISTORY) UKM

Jerantut, Pahang

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan lepasan ijazah sarjana muda Sains Sosial dengan Kepujian (Geografi) dari Universiti Malaysia Sabah dan berpengalaman menjadi guru tuisyen selama 2 tahun di sebuah pusat tuisyen di Daerah Jerantut. Selepas dua tahun saya melanjutkan pelajaran ke peringkat Master di UKM dalam bidang pendidikan sejarah secara separuh masa. Dalam tempoh itu juga, saya bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah swasta di Kuantan dan kembali semula menjadi guru tuisyen secara separuh masa secara dalam talian dalam masa setahun. Kini, saya bekerja sebagai pembantu pengurus di Pusat Ekonomi Digital. Saya berharap dapat bertugas semula sebagai tutor secara dalam talian ataupun bersemuka kerana saya memang menyukai tugas ini.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran dan pembelajaran saya ialah mengetengahkan teknik menjawab soalan dengan betul serta memahami konsep yang betul dalam sesebuah topik. Saya lebih gemar teknik bercerita secara santai serta menggunakan bahan bantu mengajar seperti aplikasi Coogle, video di Youtube, Kahoot dan proses perbincangan secara berkumpulan untuk meningkatkan pemahaman pelajar
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Tingkatan 2, Tingkatan 1, Tingkatan 3