Profile Picture

Muhammad Syafiq *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Degree In Manufacturing Engineering

Lunas, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Saya mulakan dengan memperkenalkan diri saya, Muhammad Syafiq bin Md Safkad Hossain. Saya berusia 23 tahun dan masih meneruskan pembelajaran sarjana muda saya di Univerisiti Teknikal Malaysia Melaka dalam jurusan kejuruteraan pembuatan. Saya mempunyai minat untuk mengajar sejak di bangku sekolah lagi, namun saya hanya mendapat pilihan untuk meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan. Namun saya menganggap platform MyTutor ini juga adalah peluang untuk saya menjadi seorang pendidik. Sebagai pemula, saya lebih yakin jika diberi tugas mengajar pelajar sekolah rendah dahulu sebelum mengajar pelajar sekolah menengah. Namun jika peluang yang tersedia hanyalah pelajar sekolah menengah, saya akan menyahut cabaran jika subjek tersebut dalam keahlian saya (Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Islam). Dengan ini, saya harap pihak tuan/puan dapat memberikan respons yang baik kepada saya dan hubungi saya jika mempunyai sebarang soalan.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang akan saya gunakan bergantung pada subjek yang diajari. Sebagai contoh matematik, matematik tambahan dan fizik, pelajar perlu banyak membuat latihan. Saya akan mengajar dari topik ke topik dan memastikan mereka dapat menjawab soalan dari buku latihan yang akan saya berikan. Jika subjek seperti Sejarah dan Pendidikan Islam, saya lebih merekomendasi pelajar untuk membuat nota memandangkan soalan daripada subjek tersebut lebih kepada fakta dan teoritikal. Secara ringkasnya, saya lebih berminat untuk menulis sambil mengajar agar pelajar tersebut juga akan menulis. Kaedah "slide powerpoint" yang banyak digunakan kurang effisien dari segi pemahaman dan tumpuan pelajar kepada pembelajaran tersebut.
Penilaian & Maklumbalas

Najua Ramli : Matematik

Menepati masa

Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 4, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 4, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 4, Darjah 5, Darjah 4
P. Islam Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 4, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4
Matematik Tambahan Tingkatan 4