Profile Picture

Siti Nur *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma Pascasiswazah - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

Open University Malaysia (Telah Bergraduasi)

Dengkil, Selangor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama diberi Siti Nur Sakinah dan berkelulusan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam Ijazah Sarjana Muda Perkaunan dengan kepujian. Saya sedang bekerja di sebuah salah sebuah syarikat swasta sebagai Akaun Eksekutif. Saya pernah menjadi guru tutor sebagai kerja sambilan semasa melanjutkan pelajaran di UKM. Saya juga pernah menjadi guru tadika sebagai kerja sambilan sebelum melanjutkan pelajaran ke menara gading. Kini saya sedang melanjutkan pelajaran di dalam diploma pendidikan lepasan ijazah untuk meneroka dalam bidang pendidikan. Antara kejayaan saya dalam menceburi bidang tutor ini, saya telah membantu pelajar yang mengambil subjek Prinsip Perakaunan yang lemah dalam asas sehingga pelajar mampu menguasai sepenuhnya asas subjek dan soalan KBAT untuk menghadapi SPM. Pelajar juga mampu memberikan keputusan yang memberangsangkan semasa Percubaan SPM iaitu dari E ke B. Nota bagi format-format penyata yang telah saya sediakan juga digunakan pelajar untuk mengulang kaji topik-topik subjek. Selain itu, saya juga telah membantu pelajar dalam subjek matematik bagi peringkat sekolah rendah iaitu membantu mereka menguasai asas matematik ke soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah. Pelajar-pelajar ini dapat menunjukkan prestasi yang memberangsangkan semasa Ujian Akhir Semester Akademik iaitu kebanyakan mereka mendapat A dalam subjek yang telah diajar.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran :
1. Menguji dan memastikan pelajar menguasai asas sesuatu topik sebelum peringkat yang lebih mencabar.
2.dengan mempelbagaikan latihan subjek yang diajar supaya pelajar lebih terbiasa dengan soalan yang akan ditanya di dalam peperiksaan.
3. Menyediakan nota yang ringkas dan mudah difahami daripada buku teks
4. Teknik pengajaran mengikut kreativiti guru
Penilaian & Maklumbalas

PUAN UMA DEVI : Matematik

Tutor mengajar dengan baik

Subjek
Subjek Tahap
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 4, Darjah 5, Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Matematik Tambahan Tingkatan 4