mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Amiera *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Pendidikan (universiti Sains Malaysia)

Pekan Nenas, Johor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Amiera. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 6 tahun dalam mendidik pelajar prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala sejarah merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 6 tahun dalam industri pendidikan sama ada secara bersemuka mahupun atas talian, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik skor A+ SPM bagi subjek bahasa Melayu merupakan suatu teknik yang telah saya rangka sejak tahun 2019. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, STPM - Tingkatan 6
Pendidikan Moral Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Pendidikan Seni Visual Darjah 4
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, STPM - Tingkatan 6