mytutor_mobile
Profile Picture

Wardatul Farhana *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Islamic Wealth Management

Universiti Sultan Zainal Abidin (Kuala Nerus) (Sedang Belajar)

Ulu Tiram, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Wardatul Farhana, para pelajar boleh memanggil saya dengan panggilan Cikgu Warda. Saya merupakan pelajar Tahun 2 di salah satu Institusi Pengajian Tinggi Awam. Subjek bahasa Inggeris merupakan subjek major saya kerana minat yang sangat mendalam serta bapa saya merupakan sumber inspirasi saya kerana beliau merupakan guru bahasa Inggeris di sekolah awam sejak lebih 20 tahun. Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam merupakan antara subjek lain yang saya mahir kerana saya telah menjadi pelajar contoh selain daripada ibu saya yang juga merupakan sumber inspirasi saya kerana beliau merupakan guru Pendidikan Islam di sekolah awam sejak lebih 20 tahun. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar tidak kira umur, jantina, bangsa dan agama. Mempunyai pengalaman yang hebat dalam mengajar sebagai guru peribadi sewaktu STPM yang menjadikan saya lebih yakin untuk menjadi tenaga pengajar. Inginkan anak yang pintar dan sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang tanpa sebarang tekanan mahupun drama air mata? Hubungi saya dengan senyuman!
Teknik Pengajaran
Selain daripada berpengalaman menjadi guru peribadi sewaktu STPM, saya juga sudah terbiasa dengan gaya hidup dan cara-cara para pendidik sedari kecil lagi disebabkan oleh latar belakang keluarga saya yang dikerumuni oleh para pendidik. Oleh itu, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan dan keinginan para pelajar. Saya akan berusaha untuk memahami pelajar saya terlebih dahulu sebelum mengaplikasikan cara yang sepatutnya. Hal ini agar saya dapat merasa lebih dekat dengan pelajar saya serta mengelakkan daripada ketidakselesaan daripada berlaku. Saya juga menggunakan bahan-bahan mengajar yang lebih manarik berbanding nota-nota kosong kerana ianya lebih menarik minat para pelajar dalam membaca dan memahami suatu pelajaran. Jangan belajar dengan kuat, tetapi belajarlah dengan bijak!
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 2
Bahasa Inggeris Darjah 3, Darjah 4
P. Islam Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 6