About Me
Saya Cikgu Nuraina. Saya merupakan graduan Bacelor Sains Kimia Dengan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia. Saya berpengalaman mengajar subjek Kimia dan Sains sebagai guru di sekolah menengah dan guru tuisyen selama 2 tahun. Selain itu, saya berkemahiran dalam mendidik dan mengajar anak-anak yang baru mula membaca Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Saya juga mahir untuk motivasi murid agar terus berusaha menjadi seorang murid yang baik dari segi akademik dan sahsiah. Matlamat saya sebagai seorang guru adalah untuk memastikan "No Child Left Behind". Mahu anak anda skor cemerlang dalam peperiksaan? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Saya menerapkan teknik pengajaran yang menarik bergantung kepada keupayaan dan prestasi murid. Teknik didik hibur serta mengaitkan intipati pelajaran dengan real-world problem adalah teknik yang saya ketengahkan agar murid dapat memahami apa yang diajarkan. Saya menyediakan nota atau powerpoint semasa mengajar untuk rujukan murid. Selepas tamat suatu topik, saya akan membuat ujian topikal menggunakan koleksi soalan peperiksaan sebenar untuk menguji tahap kefahaman murid. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.