mytutor_mobile
Profile Picture

Wan Awra *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat Dengan Kepujian

Universiti Sains Islam Malaysia (Telah Bergraduasi)

Kota Bharu, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum, Saya merupakan graduan daripada Universiti Sains Islam Malaysia dalam bidang Pentadbiran Muamalat. Bidang Pentadbiran mualamat adalah bidang yang menyeluruh di mana pelajar diberikan pendedahan tentang semua subjek termasuk akaun, ekonomi, matematik, perbankan, usul fiqh dan sebagainya. Saya akan berusaha semampu saya untuk mengajar dan membantu pelajar-pelajar supaya dapat menguasai subjek-subjek yang mereka pelajari. Antara initiative saya, - Saya akan mengkaji dan memahami dengan betul sesebuah topik yang akan saya ajari. - Saya juga akan sediakan nota ringkas seperti peta minda dan key word untuk pelajar saya, supaya mereka dapat memahami dan mengingati dengan mudah topik yang mereka pelajari. - Saya akan sesuaikan kaedah/teknik pengajaran saya mengikut keadaan pelajar.
Teknik Pengajaran
Sejarah/Sains:
1) Kaedah Penceritaan
- bahan penceritaan akan disediakan dalam bentuk peta minda dan ringkas, supaya pelajar senang untuk mengingati jalinan dan susunan mengenai kejadian dan hal-hal yang berlaku dalam sejarah


2) Kaedah Penggunaan buku teks
- sebagai rujukan utama yang akan digunakan semasa sesi penerangan dan penceritaan.

3) Latihan
- Latihan akan diberikan setelah habis sesi penerangan dan penceritaan.
- Soalan latihan adalah berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas serta soalan dalam buku teks, ini dapat melatih pelajar supaya bersedia dengan soalan-soalan peperiksaan yang sebenar. Di samping itu, dapat membantu pelajar lebih memberi perhatian kepada soalan-soalan atau topik-topik yang akan keluar.

4) Kaedah perbincangan dan penyoalan.
- Kaedah ini dapat membantu pelajar untuk mengingati tajuk yang dipelajari di hari tersebut

Matematik:
1) Kaedah Perbincangan dan penerangan
- Guru akan mengemukakan perbincangan dan soalan-soalan yang berkaitan dengan topik yang akan di pelajari, manakala pelajar digalakkan memberi pandangan masing-masing dalam masa yang sama guru akan memberi penerangan tentang tajuk tersebut

2) Latihan
- Latihan akan diberikan setelah sesi penerangan.
- Soalan latihan adalah berdasarkan soalan-soalan peperiksaan lepas serta soalan dalam buku teks, ini dapat melatih pelajar supaya bersedia dengan soalan-soalan peperiksaan yang sebenar. Di samping itu, dapat membantu pelajar lebih memberi perhatian kepada soalan-soalan atau topik-topik yang akan keluar.

3) Kaedah perbincangan dan penyoalan.
- Kaedah ini dapat membantu pelajar untuk mengingati tajuk yang dipelajari di hari tersebut
Subjek
Subjek Tahap
Sains Tingkatan 5, Tingkatan 4
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5