mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Izzah *******

Sarjana Muda - Degree In Financial Economics (universiti Malaysia Sabah)

Penampang, Sabah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan graduan lepasan dalam bidang Ekonomi Kewangan di Universiti Malaysia Sabah. Saya seorang yang suka mengajar terutama subjek Matematik kerana ia merupakan subjek yang saya paling minati. Saya pernah menjadi mentor semasa di sekolah menengah kerana pencapaian yang tinggi dalam subjek Matematik. Subjek Matematik ialah subjek yang tidak pernah saya dapat di bawah gred A. Saya juga seorang yang penyabar dan bertenang dalam mengajar pelajar kerana saya faham setiap pelajar mempunyai tahapnya tersendiri.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya akan lakukan adalah berdasarkan murid yang bakal diajar kerana setiap sekolah mungkin berlainan silibus dan caranya. Oleh itu, saya akan mengubah cara saya berdasarkan pelajar tersebut. Saya akan menyediakan set-set soalan dan bahan mengajar mengikut silibus terkini. Saya boleh mengajar secara face-to-face dan online.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6, Darjah 4, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 6, Darjah 4, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Ekonomi Tingkatan 4