mytutor_mobile
Profile Picture

Ameera Raihanah *******

(Dalam Talian)

Sarjana(master) - Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan

Universiti Malaysia Sabah (Kota Kinabalu) (Sedang Belajar)

Tawau, Sabah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Teacher Ameera, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Pernigaan dan sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya akan sentiasa memastikan anak murid saya dapat mencapai matlamat & cita-cita mereka. Saya juga suka membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif. Saya juga akan membantu anak didik saya belajar dalam keadaan yang santai & seronok sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran untuk mengelakkan mereka berasa bosan & tertekan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya akan menggunakan teknik-teknik yang menarik iaitu dengan menggunakan teknologi-teknologi yang terdapat dalam dunia kini seperti permainan kuiz, menggunakan peta minda dan bergantung kepada keperluan subjek. Saya juga akan memberikan memberikan pujian dan sokongan positif kepada anak didik saya. Pengajaran saya juga berpusatkan murid. Saya juga akan cuba menggunakan formula yang mudah pelajar saya memahami sesuatu topik. Yang pastinya, anak didik saya akan lebih bersemangat dan seronok belajar dengan saya.
Subjek
Subjek Tahap
Perniagaan Tingkatan 4, Universiti - Diploma, Tingkatan 5
Pengajian Keusahawanan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3