Profile Picture

Mohd Luqmanul *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian)

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Telah Bergraduasi)

Sandakan, Sabah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Luqman. Saya merupakan seorang tutor dengan pengalaman hampir dua tahun untuk pengajaran secara dalam talian dan bersemuka. Pada tahun 2020, saya telah membantu 20 orang pelajar untuk mencapai gred A SPM Sejarah dan SPM Sains dan pada tahun 2021, seramai 35 orang pelajar telah berjaya memperoleh gred A SPM Sejarah dan SPM Sains. Saya juga berpengalaman mengajar pelajar sekolah rendah untuk subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Saya juga gemar berkongsi kisah-kisah kejayaan dan kegagalan agar pelajar kekal bermotivasi untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai keputusan yang cemerlang. Saya percaya yang ilmu dan kecemerlangan pendidikan adalah kunci kepada masa depan yang gemilang. Jom, mari saya bantu anda memperoleh keputusan yang cemerlang. Whatsapp saya sekarang!
Teknik Pengajaran
Saya akan memulakan kelas saya dengan menilai prestasi semasa pelajar. Sesi penilaian tersebut membolehkan saya untuk mengetahui kekurangan pelajar yang perlu ditambah baik dan diperbaiki. Seterusnya, para pelajar akan didedahkan dengan soalan dan teknik menjawab berdasarkan kepada sekolah-sekolah berprestasi tinggi dan cemerlang SPM/PT3 pada tahun-tahun sebelumnya. Saya juga akan melakukan sesi 'quick revision' sebelum mengajar bab baharu dan pelajar perlu mengulang kembali pembelajaran bab tersebut sekiranya penguasaan bab tidak memuaskan ataupun berada di tahap sederhana. Kaedah ini terbukti telah membantu para pelajar untuk lebih yakin menghadapi SPM/PT3 dan memperoleh keputusan yang cemerlang.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sejarah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 5, Darjah 6