Profile Picture

Mohd Najmuddin *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor's Degree In Mechanical Engineering (Honours), Monash University, Australia

Tawau, Sabah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi. Saya Najmuddin merupakan seorang lepasan ijazah dalam Kejuruteraan Mekanikal di sebuah universiti luar negara. Saya mempunyai pengalaman menjadi tutor di peringkat sekolah menengah dan universiti lebih-lebih lagi mata pelajaran yang berkaitan dengan Matematik dan Matematik Tambahan. Saya juga selesa berhubung menggunakan Bahasa Melayu atau pun bahasa Inggeris bersesuaian dengan kaedah dan terma-terma dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan.
Teknik Pengajaran
Saya percaya dengan kaedah pembelajaran melalui perbincangan dan bimbingan tetapi pada waktu yang sama menerapkan rasa ingin tahu pada pelajar. Pembelajaran dengan teknik memberi jawapan kepada pelajar secara membuta tuli bukanlah kaedah yang terbaik untuk mempelajari Matematik dan Matematik Tambahan, kerana saya yakin pelajar akan lebih yakin untuk menjawab sebarang ujian jika dibimbing dengan menentukan permasalahan, cara penyelesaian dan pengesahan jawapan. Sesi kemaskini progres juga amat penting untuk menentukan kefahaman pelajar dalam silibus yang tersedia.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan DLP Tingkatan 4