About Me
Mempunyai pengalaman mengajar di pusat tuisyen selama 3 tahun (dalam talian atau bersemuka) untuk subjek Matematik (Tingkatan 1,2, dan 3) dan Matematik/Matematik Tambahan (Tingkatan 4 dan 5). Menjadi guru sandaran tidak terlatih (Personel Mystep) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Batu Pahat (STBP) bermula dari 9 Januari 2022 sehingga sekarang untuk subjek Matematik dan Matematik Tambahan. Mempunyai semangat yang tinggi dan jitu untuk membantu pelajar-pelajar berjaya dengan cemerlang dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan.
Teaching Method(s)
Teknik Pengajaran yang digunakan:
1. Teknik Penyoalan - Teknik ini mampu menimbulkan perasaan ingin tahu pelajar terhadap subjek yang dipelajari mereka.
2. Teknik Deduksi - Mengajar mereka rumus, formula mahupun theorem matematik supaya mereka tahu cara menggunakannya dengan tepat
3. Teknik Penarikan - Memberikan modul-modul yang terkini dan menarik.
4. Teknik Permainan - Merangsang minda mereka dengan soalan-soalan yang senang dan mudah untuk meng 'active' kan minda mereka terhadap subjek ini.
5. Teknik Penilaian - Memberikan mereka contoh - contoh soalan mengikut Tahap Penguasaan (TP) yang mereka perolehi.