mytutor_mobile
Profile Picture

Syazwin Atika

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Applied Science (bioindustrial Technology)

Universiti Malaysia Kelantan (Jeli) (Sedang Belajar)

Yong Peng, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya telah mendaftar di MyTutor dengan tujuan untuk menyebarkan ilmu dengan kebolehan dan minat saya sendiri dalam mengajar. Saya berkomitmen sepenuhnya terhadap setiap tugasan yang diberikan kepada saya. Saya seorang tutor yang berdedikasi tinggi, saya bertanggungjawab terhadap anak didik saya . Pengalaman saya dalam mengajar rakan-rakan telah memupuk minat saya untuk mengajar seseorang dengan baik sehingga seseorang itu benar-benar memahami apa yang telah saya ajari. Bagi saya, ilmu bukannya tentang menghafal dan peroleh kecemerlangan semata, tetapi ianya perlu difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian barulah kefahaman seseorang akan meningkat dari semasa ke semasa. Perkara ini yang akan saya terapkan kepada anak didik saya untuk mencintai dan menghargai ilmu.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya tawarkan mudah difahami dan senang diterima. Saya akan menjelaskan konsep-konsep yang kompleks dengan cara yang ringkas dan mudah difahami. Sebagai seorang tutor, saya akan memastikan mutu pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan penuh semangat dan keseronokan. Saya memberi tumpuan kepada pemahaman terhadap topik berbanding hafalan semata-mata. Saya mengamalkan kaedah pembelajaran aktif, di mana penggunaan bahan visual seperti gambar, carta, dan grafik dapat membantu pelajar memahami konsep yang kompleks dengan lebih baik.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2
Matematik Darjah 2, Darjah 3
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 3