mytutor_mobile
Profile Picture

Nuradlina Binti *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Degree In Accountancy (uitm Segamat)

Johor Bahru, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai, saya Cikgu Adlina. Saya merupakan seorang tutor yang berdisiplin, berdedikasi dan bermotivasi dalam mendidik pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Saya akan memastikan mereka mencapai target yang mereka inginkan. Subjek Akaun merupakan subjek major, manakala Matematik merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul pembelajaran dan latihan bagi mereka menguasai setiap subjek yang diajar. Hal ini bagi mengasah minda dan kemahiran mereka untuk menjawab setiap soalan yang diberikan semasa peperiksaan. Saya juga mahir dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Teknik membuat latihan merupakan salah satu kesukaan dan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Untuk memastikan kelemahan yang dihadapi oleh pelajar, mereka perlu membuat latihan bagi menguasai setiap topik yang diajar oleh saya. Jika teknik pembelajaran biasa saya tidak berkesan, saya perlu memperbaiki teknik pembelajaran bagi memudahkan mereka untuk menguasai subjek dan topik berkenaan. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6