mytutor_mobile
Profile Picture

Nazihah Binti *******

Diploma / Stpm - Diploma Kejuruteraan Awam

Pasir Mas, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Saya seorang yang baik hati dan bertimbang rasa dan memahami. Saya juga merupakan seseorang yang mempunyai sifat sabar yang boleh mengawal emosi diri. Selain itu saya sentiasa menepati masa, berpakaian kemas, bersopan santun dan mempunyai sikap positif.
Teknik Pengajaran
Pengajaran berasaskan inkuiri adalah satu kaedah pengajaran yang menggabungkan rasa ingin tahu pelajar dan kaedah saintifik untuk meningkatkan kemahiran berfikir
secara kritikal pelajar melalui pembelajaran. Pelajar perlu mengemukakan soalan apabila menghadapi masalah yang mereka tidak faham, mereka perlu merumuskan soalan-soalan, meneroka masalah, memerhati, dan mengaplikasikan maklumat baharu dalam memohon pemahaman yang lebih baik di dunia. Pembelajaran berasaskan masalah iaitu kaedah pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau mencapai sasaran tertentu. Memberikan soalan bermasalah sejurus selepas murid
memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang berkaitan. Guru tidak perlu membuat ketetapan kepada murid tentang cara yang patut diikuti untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Berikan peluang kepada murid melalui proses pemikiran bersama rakan atau individu. Blended learning bergantung kepada usaha memupuk murid melakukan pembelajaran dan menggunakan rangkaian teknologi.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 3, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 5, Tingkatan 4
Sains Tingkatan 3, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 5, Tingkatan 4
Bahasa Melayu Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Darjah 5, Darjah 6