mytutor_mobile
Profile Picture

Asyraf Arif *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Sarjana Kejuruteraan Mekanikal

Dengkil, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya mendapat pendidikan awal di MRSM Gemencheh sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Kejuruteraan Nuklear. Selepas itu saya mendapat tawaran melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Pernah dilantik menjadi tutor bagi subjek fizik, lukisan kejuruteraan di UNITEN dan menjadi tenaga pengajar sambilan bagi subjek fizik di University of Cyberjaya. Selain itu saya juga pernah menjadi guru di sekolah rendah swasta mengajar subjek sains dan matematik. Kini saya sedang berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik dan bidang kemahiran saya adalah sains, fizik dan matematik
Teknik Pengajaran
Teknik yang saya sering gunakan adalah Peta Minda. Kaedah penggunaan peta minda yang saya amalkan adalah dengan melalui teknik Intensive Revison Program dimana pelajar akan diberi 2 minit untuk membaca dan 2 minit untuk menulis semula apa yang dibaca dalam bentuk peta minda dan 1 minit untuk menyemak semula apa yang ditulis. Proses ni akan berterusan sehingga pelajar lengkap Peta minda tersebut dengan info yang penting. Peta minda ini boleh ditulis atau dilukis mengikut kreativiti pelajar

Selain itu teknik lain yang saya gunakan adalah teknik belajar berkumpulam, komunikasi dua hala dan yang paling penting bersesuaian dengan kehendak pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5, IGCSE MRSM - Tingkatan 1, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5, Universiti - Ijazah Sarjana Muda
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5