Profile Picture

Amirah Fatimah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Undang Undang

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Telah Bergraduasi)

Sentul, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Amirah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 5 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Antara subjek major yang saya ajar adalah English, Bahasa Melayu, Sejarah, Undang-Undang (melalui Sijil Amalan Guaman) kemahiran insani (softskills seperti debat, komunikasi, perucapan awam dan penyelidikan). Subjek-subjek ini saya boleh mengajar mengikut silabus kebangsaan atau antarabangsa seperti IGCSE. Selain itu, saya juga ada pengalaman dalam mengajar subjek di peringkat sekolah rendah seperti Sains dan Matematik. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang bukan sahaja dalam peperiksaan, tapi ilmu yang dapat dipratikkan dalam kehidupan. Selain itu, saya juga merupakan pengajar kemahiran yang mendidik pelajar dari usia 12 hingga 18 dalam pelbagai softskills seperti pengucapan awam, komunikasi, kemahiran berfikir, diplomasi, debat dan pidato, kemahiran berfikir aras tinggi dan juga kemahiran penyelidikan.
Teknik Pengajaran
Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Saya kerap menggunakan visual, penceritaan dan juga teknik interaktif lain untuk memastikan pelajar faham dan menghayati ilmu yang dapat. Teknik pengajaran saya adalah sangat interaktif, di mana saya akan kerap mendapat pendapat pelajar agar mereka menghayati dan faham subjek tersebut.
Subjek
Subjek Tahap
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Public Speaking Asas (Basic), Pertengahan (Intermediate), Mahir (Professional)
Debat Asas (Basic), Pertengahan (Intermediate), Mahir (Professional)
Pidato Asas (Basic), Pertengahan (Intermediate), Mahir (Professional)
Membaca - BI Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Melayu Tadika, Dewasa, Darjah 1, Darjah 2, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Tadika, Dewasa, Cambridge CBSE - Tahun 6, Darjah 1, Darjah 2, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Communication & Writing Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Pengajian Am STPM - Tingkatan 6
Prasekolah - 3M Darjah 1, Darjah 2
Matematik Darjah 1
Sains Darjah 1, Darjah 2
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 2
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3