Profile Picture

Arisha Arihana

(Bersemuka)

Sarjana(master) - Master Of Science Education (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Pasir Gudang, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Arisha, merupakan seorang tutor yang berpengalaman dan mempunyai semangat dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Saya mempunyai pengalaman sebagai guru MRSM bagi subjek Biologi DLP, KSSM dan IGCSE. Pengalaman sebagai tutor dalam mendidik subjek Matematik bagi pelajar sekolah rendah & sekolah menengah juga merupakan sebahagian daripada jiwa pendidik saya. Saya juga pernah mengendalikan kuliah Biologi bagi pelajar Tingkatan 5, amali sains pelajar serta sesi PdP sama ada dalam kumpulan kecil mahupun kumpulan yang besar. Saya akan sentiasa memastikan sesi PdP yang disampaikan dapat menarik minat pelajar sehingga mereka dapat memahami setiap topik pembelajaran. Hubungi saya sebagai tutor anda sekarang!
Teknik Pengajaran
Bagi teknik pengajaran, saya akan menggunakan pelabagai kaedah yang tersedia bergantung kepada keupayaan pelajar. Antaranya ialah teknik penugasan di mana saya akan memberikan latihan-latihan tugasan terutama bagi subjek Matematik kepada pelajar serta membincangkan cara menjawab dengan menggunakan teknik diskusi bagi memastikan tahap pemahaman pelajar secara maksima. Saya juga akan memastikan penerangan setiap kandungan pembelajaran adalah lebih jelas terutama bagi subjek Biologi yang memerlukan kefahaman terhadap sesuatu proses. Nota-nota ringkas mahupun peta minda akan saya gunakan kepada pelajar sewaktu sesi PdP berlangsung.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5