About Me
Saya Cikgu Syuib. Saya seorang tutor yang berdedikasi dan bersemangat untuk membantu murid-murid saya mencapai keputusan yang terbaik. Saya mementingkan disiplin dan selalu memastikan murid-murid saya mencapai matlamat mereka. Saya juga telah memulakan kelas tutor sejak berumur 18 tahun dan sudah berpengalaman mengajar selama 8 tahun. Saya dapat membimbing murid pada aras GALUS untuk mencapai gred A. Saya juga suka membantu murid-murid saya dengan motivasi berkala. Sesi pembelajaran dan pengajaran saya akan memastikan anak anda minat untuk belajar dan meneroka. Jadikan saya tutor anda hari ini.
Teaching Method(s)
1 - Menggunakan modul yang mudah dan menambahkan aras kesukaran mengikut tahap murid.
2 - Pembelajaran yang aktif (dua hala) dan berkesan untuk anak-anak anda.
3 - Menggunakan contoh-contoh yang relevan dan nyata, khususnya perkara dalam aktiviti seharian.
4 - Kuiz bulanan untuk murid dan laporan bulanan akan disediakan kepada ibu-bapa untuk rujukan (pdf).
*Kelas pertama adalah kelas untuk saya menilai tahap kefahaman dan potensi murid saya.