Profile Picture

Badrul Alaina

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Ijazah Diploma Pascasiswazah Pendidikan Matematik

Universiti Kebangsaan Malaysia (Sedang Belajar)

Kuala Muda, Kedah

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya cikgu Alaina merupakan pelajar ijazah pendidikan matematik di Universiti Kebangsaan Malaysia dan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik di Universiti Sains Malaysia. Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Matematik merupakan subjek major yang saya cuburi dalam dunia pendidikan manakala subjek Prinsip Perakaunan dan Ekonomi merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam modul pembelajaran terkini berlandaskan KSSM menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya menggunakan pelbagai teknik pembelajaran semasa mengajar. Berkomunikasi merupakan teknik utama saya sepanjang kelas berlangsung.
Teknik Pengajaran
1. Teknik Berkomunikasi 2 hala - Saya menggunakan kaedah bersoal jawab dengan pelajar agar mudah difahami. Bertanya kepada pelajar di mana yang tidak faham
2. Teknik Nota- Saya menyediakan teknik yang mudah untuk pelajar menguasai formula-formula. Saya juga menyediakan nota yang berwarna warni bagi kelas dalam talian dan semasa bersemuka.
3. Teknik Kuiz - Memberi soalan kuiz kepada pelajar mengikut topik tertentu sebagai homework. Kuiz akan disemak apabila sesi terakhir pembelajaran dan kuiz baru akan diberi sebelum pelajar pulang.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5