Profile Picture

Nursyafiqah Binti *******

(Bersemuka)

Diploma Pascasiswazah - Matematik

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Telah Bergraduasi)

Pendang, Kedah

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.. Saya merupakan seorang guru yang mahir membantu murid dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan dari peringkat Sekolah Rendah sehingga Sekolah menengah. Saya merupakan seorang tutor yang ceria, periang, tegas dan aktif mengikut pada situasi dan karakter murid. Perwatakan yang menarik dan akrab dengan murid akan memudahkan sesi setiap kelas. Saya merupakan guru dari Universiti Utara Malaysia. Kini saya lebih bergerak aktif dengan menjadi tutor secara sendiri. Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut tentang saya, daftarkan anak tuan/puan untuk saya bantu dalam pelajaran. InshaAllah... Terima kasih.
Teknik Pengajaran
Saya akan melaksanakan sesi induksi sebelum sesi pembelajaran agar dapat menarik minat murid untuk menyertai saya dalam kelas tersebut. Saya akan menyesuaikan teknik pengajaran mengikut tahap kefahaman murid. Sebagai contoh, murid yang lemah terhadap sesuatu topik, saya akan menerangkan topik tersebut dengan memberikan contoh yang berkaitan dengan apa-apa kegemaran murid tersebut supaya mudah faham dan lebih menarik minatnya. Manakala murid yang sudah boleh memahami dengan cepat, saya akan memberikan soalan yang mencabar supaya murid itu semakin menguasai dan tidak mudah bosan. Saya akan memastikan dalam setiap sesi pembelajaran, elemen melibatkan akhlak dan adab dijaga dan akan memberikan nasihat melibatkan masa depan mereka terutamanya kepada murid sekolah menengah. Sesi kaunseling akan diberikan sekiranya murid kelihatan rendah diri atau kelihatan bermasalah dan menjadi pendengar yang setia.
Penilaian & Maklumbalas

Puan Nur Rafidah Binti Yahaya : Bahasa Melayu

Datang on time, mudah berurusan, anak2 gembira belajar dengan Tutor Syafiqah

Puan Nur Rafidah Binti Yahaya : Bahasa Melayu

Datang on time, mudah berurusan, anak2 gembira belajar dengan Tutor Syafiqah

Puan Nur Rafidah Binti Yahaya : Matematik

Datang on time, mudah berurusan, anak2 gembira belajar dengan Tutor Syafiqah

Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5