Profile Picture

Nur Elia *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Education (Honors) In Teaching English As A Second Language (Universiti Poly-tech Malaysia Cheras, Kuala Lumpur)

Tawau, Sabah

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera, Saya Nur Elia Arika binti Jimbun, 24, berasal dari Tawau juga merupakan seorang graduan ijazah sarjana muda dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Poly-Tech Malaysia Cheras, Kuala Lumpur. Selain itu, saya juga merupakan pelajar kelulusan dalam bidang yang sama untuk peringkat diploma di Kolej Poly-Tech Semporna, Sabah. Menyentuh berkenaan pengalaman, saya mempunyai pengalaman mengajar murid sekolah rendah selama empat bulan pada tahun 2020 dan pelajar sekolah menengah selama empat bulan pada tahun 2022. Bukan itu sahaja, saya juga mempunyai pengalaman yang lain berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran seperti mengajar kanak-kanak suku Sea Gypsies atau lebih dikenali sebagai Bajau Laut di Kampung Bangau-Bangau Semporna, Sabah pada tahun 2019. Saya berharap agar dapat bekerjasama dengan baik dengan pihak ibu bapa yang telah mendaftarkan anak mereka sebagai pelajar di MyTutor dan berharap dapat mendidik para pelajar dengan menyampaikan pendidikan Bahasa Inggeris secara kreatif, berkesan dan mantap dengan tahap usaha semaksima mungkin.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang akan di praktikkan antaranya adalah berpaksikan Student-Centered Learning dimana saya sangat mengutamakan penglibatan pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini secara tidak langsung akan membuat sesi semakin menarik, pelajar bebas untuk berkongsi pendapat mahupun idea, dapat meransang pelajar untuk berfikir aras tinggi dan pastinya teknik ini berkesan untuk diterapkan dimana ianya telah terbukti secara langsung di pengalaman mengajar saya sebelum ini.

Tambahan, saya suka untuk menerapkan teknik pengajaran Technology-Based Learning dimana pelajar dapat terdedah dengan Bahasa Inggeris melalui permainan dalam talian, menyaksikan video pembelajaran dari beberapa aplikasi utama seperti YouTube, menjelaskan berkenaan pengajaran secara terperinci dengan menggunakan PowerPoint atau Google Jamboard. Saya yakin dengan menerapkan teknik ini, pelajar akan semakin bersemangat untuk belajar dan dalam masa yang sama dapat mewujudkan suasana yang kondusif.

Akhir sekali, saya juga akan menerapkan teknik pengajaran dikenali sebagai Teacher-Directed Learning dimana guru menjadi dominan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun, teknik ini hanya akan diguna pakai apabila saya ingin menyampaikan sesuatu yang penting berkenaan nota, tugasan, atau menjelaskan sesuatu yang pada awalnya sukar untuk difahami oleh pelajar. Konklusinya, teknik ini hanya sah apabila keadaan memerlukan sahaja.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Dewasa