About Me
Saya merupakan seorang tutor yang suka menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan komunikasi yang efektif dan menyeronokkan. Saya amat terbuka dalam menyampaikan informasi tetapi tegas dan berprinsip. Saya berusaha memberikan yang terbaik untuk pelajar saya tidak kira dari segi tenaga, masa atau wang ringgit. Selain itu, saya juga akan memberikan maklum balas yang membina agar pelajar mencapai prestasi yang cemerlang. Jadi pilihlah saya untuk menjadi tutor anda!
Teaching Method(s)
Saya akan menggabungkan beberapa jenis teknik pengajaran untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai, menyediakan maklumat yang relevan dan mudah difahami. Antara teknik pengajaran yang saya gunakan ialah teknik latih tubi iaitu aktiviti pengulangan fakta-fakta untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekekalannya. Melalui teknik ini, pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi penggunaan perkataan-perkataan ini. Saya juga akan menyediakan kuiz atau sesi soal jawab untuk mengasah minda anak murid saya.