mytutor_mobile
Profile Picture

Wan Zaleha *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Master In Science (Counselling)- Universiti Malaysia Terengganu

Johor Bahru, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualikum w.b.t. Saya Cikgu Za. Saya merupakan seorang graduan sarjana daripada Universiti Malaysia Terengganu. Saya seorang guru yang berdedikasi dan mempunyai kemampuan untuk bekerjasama dengan pelbagai jenis pelajar bagi memastikan matlamat/objektif pelajar dalam pembelajaran dapat dicapai. Bahasa Melayu dan matematik merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan. Pendekatan yang saya gunakan adalah berpusatkan pelajar iaitu meningkatkan penglibatan pelajar dalam p&p dan pelajar juga ada kebebasan untuk melakukan aktiviti bersama guru. Saya juga mengajar mengikut tahap pelajar dan cara mereka menerimanya kerana setiap pelajar menyerap ilmu dengan cara yang berbeza. Sepanjang bergelar pendidik dan kaunselor, saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi pelajar serta menjalankan seminar kecemerlangan pelajar. Keutamaan bagi saya adalah melihat peningkatan dalam diri pelajar sehingga mendapat keputusan yang cemerlang. Nak anak skor cemerlang dengan mudah, ibu bapa boleh hubungi saya dengan segera. Terima kasih.
Teknik Pengajaran
Saya lebih menerapkan teknik yang kreatif dan mudah bagi menarik perhatian pelajar untuk meneruskan pembelajaran serta memudahkan pelajar memahami sesuatu topik. Saya berkebolehan untuk menjadikan sesuatu topik yang kompleks menjadi mudah, mengajar topik yang bosan menjadi menarik dan menukarkan suatu topik yang susah dalam bentuk cerita, grafik, aktiviti, seni dan sebagainya. Pelajar juga akan diberi teknik latih-tubi supaya pelajar dapat mengalami proses mendengar, melihat dan memikirkan maksud perkataan-perkataan terutamanya bagi mata pelajaran BM.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Darjah 1, Tadika
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
P. Islam Darjah 1, Darjah 2