Profile Picture

Noor Syazwani *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Engineering Electronic

Kuala Berang, Terengganu

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Noor Syazwani Binti Razak. Saya mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan elektronik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor. Saya ingin menjadi seorang tutor yang terbaik dan berdedikasi untuk mendidik pelajar-pelajar. Saya juga merupakan seorang tutor kepada pelajar di kampung saya. Saya boleh mengajar subjek bahasa melayu, sains dan matematik. Saya juga tekankan pelajar supaya pandai membaca, menulis dan mengira. Nak anak pandai membaca, menulis dan mengira serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini. Saya sekarang sedang membuat kerja partime sebagai rider shopee dan membuat kelas tambahan untuk pelajar sekolah rendah di kawasan rumah saya.
Teknik Pengajaran
Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga tekankan para pelajar supaya mengenal huruf dan nombor. Selain itu, saya pastikan para pelajar dapat memahami ilmu yang diajar. Saya juga pastikan para pelajar dari tidak mengenal sampai mahir dengan huruf dan nombor. Saya juga tekankan sifir kepada para pelajar. Saya pastikan para pelajar mencapai tahap yang cemerlang.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 3
Matematik Darjah 3
Sains Darjah 3
Membaca - BM Darjah 3
Prasekolah - 3M Darjah 1, Tadika