Profile Picture

Nurul Ain *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Computer Science Iium

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Telah Bergraduasi)

Jenjarom, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai, Assalamualaikum. Saya Cikgu Aidilia seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Berpengalaman sebagai tutor, guru ganti dan pensyarah di kolej swasta. Saya amat meminati subjek Matematik dan Matematik Moden dan ingin berkongsi dengan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah teknik-teknik dan cara mudah untuk memahami dan menyelesaikan masalah/soalan Matematik. Saya juga komited untuk memastikan pelajar-pelajar dibawah kendalian saya dapat menguasai semua objektif pembelajaran untuk setiap sesi tutor. Nak anak-anak skor dan yakin menjawab soalan Matematik? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya akan menyesuaikan teknik pengajaran saya mengikut tahap penguasaan pelajar dalam subjek Matematik.
Saya akan:
- menerangkan dengan cara yang paling mudah.
- menggunakan teknik didik hibur supaya sesi pembelajaran menjadi lebih proaktif, menarik dan santai.
- memberi nota yang ringkas dan mudah dipahami.
- memberi latih tubi soalan soalan dari buku latihan.
- menyelesaikan soalan bersama-sama dengan pelajar.
- membuat beberapa sesi kuiz untuk menilai tahap penguasaan pelajar untuk setiap topik yang dipelajari.
Penilaian & Maklumbalas

PUAN NOOR AZIRA MOHD SALEH : Matematik

bagus

Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 3, Darjah 2, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5