mytutor_mobile
Profile Picture

Ain Syafiqah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Physics Education (universiti Pendidikan Sultan Idris)

Merlimau, Melaka

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Syafiqah. Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman selama 5 bulan dalam mendidik pelajar sekolah menengah bagi subjek Fizik dan juga Sains. Saya merupakan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan telah bergraduasi dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Fizik) dengan kepujian. Dalam bidang pendidikan, subjek Fizik merupakan subjek major saya, manakala subjek Pengurusan Perniagaan merupakan subjek minor. Dengan kesungguhan dan komitmen yang diberikan dalam pengajaran, saya pasti akan dapat membantu anak anda mahupun adik-adik yang mempunyai kesukaran dalam subjek Fizik dan Sains.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang sering saya gunakan semasa menjalankan kelas adalah teknik penyoalan dan perbincangan. Teknik penyoalan yang digunakan dapat membantu untuk memperkukuhkan konsep atau kefahaman pelajar bagi suatu topik. Selain itu, teknik penyoalan dapat merangsang idea pelajar serta, dapat membimbing pelajar untuk kekal aktif sepanjang kelas berlangsung bagi memastikan fokus pelajar terus kekal. Saya turut menggunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkait rapat dengan Fizik atau Sains yang berlaku dalam kehidupan harian pelajar, disamping saya akan menyediakan soalan yang tepat mengikut objektif pembelajaran. Pada akhir pembelajaran, teknik perbincangan digunakan bagi menggalakkan pelajar memberi pandangan masing-masing agar sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku secara pelbagai hala. Teknik perbincangan ini dapat membina keyakinan pelajar secara tidak langsung, membantu mereka menambah baik kemahiran komunikasi dan berfikir dengan teliti.
Penilaian & Maklumbalas

Khairul Nurmazianna : Sains

Bagus

Subjek
Subjek Tahap
Sains Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 5, Tingkatan 4
Matematik Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 1