Profile Picture

Intan Nurul *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Diploma Of Medical Laboratory Technology

Universiti Kuala Lumpur (Telah Bergraduasi)

Kajang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya memang berminat ingin menjadi pengajar. Kepuasan saya apabila melihat orang yang saya ajar itu faham dan jelas dengan ilmu yang saya kongsikan. Bagi saya, tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima, melihat cikgu-cikgu sekolah saya yang dulunya sabar mengajar saya menjadikan saya teringin ingin menjadi salah satu dari mereka. Kalau memberi barang, mungkin barang tersebut akan rosak atau hilang keupayaannya dalam berfungsi tetapi jika memberi ilmu, maka ilmu itu akan kekal sepanjang kehidupan anak didik sepertimana diri saya yang sekarang telah dididik oleh guru-guru saya sebelum ini. Saya seorang yang cintakan ilmu, jadi saya yakin yang saya juga seorang yang suka berkongsi ilmu yang bermanfaat pada orang lain juga.
Teknik Pengajaran
Saya akan menggunakan kaedah santai dalam pengajaran. Sebolehnya saya inginkan anak didik saya tu selesa dengan cikgunya supaya dia senang untuk memahami apa yang diajar. Jika tak faham, saya akan memastikan mereka faham dengan cara yang lain pula. Bagi saya, jika anak didik kita susah dalam memahami apa yang diajar, maka kesilapan itu terletak kepada pengajarnya dan dia harus menggunakan cara yang berbeza agar anak didiknya itu dapat memahaminya dengan lebih jelas. Bagi saya, tak semua anak didik itu dapat menerima cara mengajar yang sama. Jadi sebagai pendidik, saya harus pandai mengaplikasikan bermacam cara agar anak didik saya faham dan lebih mudah mengingati apa yang dipelajarinya.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1
Bahasa Arab Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Prasekolah - 3M Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Jawi Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Mengaji - Al-Quran Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Mengaji
Kelas Agama Dewasa
Syariah Islamiah Tingkatan 1