mytutor_mobile
Profile Picture

Nor Syakirah *******

(Dalam Talian)

Sarjana(master) - Sarjana Sastera Pengajian Melayu

Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu/Ustazah Syakirah. Saya merupkan seorang tutor berpengalaman dalam dunia pendidikan selama 5 tahun dalam mendidik murid sekolah rendah. Subjek Bahasa Melayu merupakan subjek major dan kepakaran saya, manakala subjek Sejarah pula merupakan subjek minor. Saya juga berpengalaman mengajar murid membaca dalam Bahasa Melayu, bacaan Iqra' dan Al-quran. Saya seorang pendidik yang tegas, penyayang dan sentiasa mengambil berat tentang masalah murid. Sekiranya anda mahu anak anda cemerlang dan mempunyai sahsiah yang baik? Hubungilah saya segera.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 5 tahun dalam dunia pendidikan, membuatkan saya sering mengkaji dan mempraktikkan pelbagai teknik mengikut keupayaan dan kesesuaian murid. Antara teknik yang saya sering gunakan ialah soal jawab, latihan intensif, pengulangan bacaan, teknik cara menjawab soalan dan cara tackle soalan. Saya juga mengaplikasikan reward atau ganjaran kepada murid sebagai tanda penghargaan terhadap hasil kerja murid. Selain itu, kaedah peta minda juga digunakan sebagai cara untuk mengeluarkan isi-isi penting dan mengingati topik-topik utama. Pelbagai kaedah saya gunakan untuk memastikan murid memahami topik yang diajar serta mencapai objektif pembelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 2, Darjah 3, Darjah 1, Darjah 4, Darjah 5
Membaca - BM Darjah 2, Darjah 3, Darjah 1, Darjah 4
Jawi Darjah 2
Mengaji - Al-Quran Darjah 2, Darjah 3, Darjah 1, Darjah 4, Darjah 5
Mengaji - Iqra Darjah 3, Darjah 1, Darjah 4, Darjah 5
Sejarah Darjah 4, Darjah 5