mytutor_mobile
Profile Picture

Muhammad Affiq *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Degree In Quran And Sunnah Studies (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

Muar, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Affiq. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 4 tahun dalam mendidik pelajar sekolah menengah khususnya pelajar fast-track SPM. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Tasawwur Islam, Bahasa Arab dan Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering menyertai seminar pemerkasaan mata pelajaran, menghadiri taklimat untuk memastikan kecemerlangan pelajar-pelajar SPM. Saya juga sentiasa memberi pencerahan bahawa subjek yang mereka pelajari tidak susah apabila menggunakan formula-formula mudah untuk skor dengan baik. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 4 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan formula-formula mudah merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik skor A+ SPM bagi subjek bahasa Melayu dalam PdPC banyak memberi kesan positif kepada anak-anak didik saya. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tingkatan 5
Bahasa Arab Tingkatan 5
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 5
Tasawwur Islam Tingkatan 5