Profile Picture

Nurliyana Mohd *******

(Dalam Talian)

Sarjana(master) - Mba Strategic Management (Utm)

Shah Alam, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Liyana. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 8 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah, sekolah menengah & IGCSE level. Subjek Ekonomi, Perniagaan & bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Sejarah dan Geografi merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam pengurusan Pusat Tuisyen & penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga pernah mengendalikan seminar buat calon SPM di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 8 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan 'Simple & Easy to Learn' & peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik target skor dalam setiap ujian atau peperiksaan membuatkan anak-anak bersemangat & mengetahui pencapaian masing-masing. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Cambridge - Tahun 6, Cambridge - Tahun 7, Cambridge - Tahun 8, Cambridge - Tahun 9, Cambridge - Tahun 10, Cambridge - Tahun 11
Sejarah Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Ekonomi Tingkatan 4, Tingkatan 5, STPM - Tingkatan 6
Perniagaan Tingkatan 4, Tingkatan 5, STPM - Tingkatan 6
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Pengajian Am STPM - Tingkatan 6