Profile Picture

Amirah Adlina *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Dietetics (International Islamic University Malaysia)

Kuantan, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Amirah. Saya merupakan graduan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Dietetik. Semasa di sekolah dan universiti, saya sering menjadi tutor kepada kawan seumur saya dalam pelbagai subjek seperti bahasa inggeris, matematik dan sains. Saya juga beberapa kali dilantik untuk mewakili sekolah untuk menjadi tutor di sekolah lain. Kebanyakan yang menjadi anak didik saya berasa senang dengan saya kerana saya seorang yang lembut dan mudah memahami cara orang lain. Ingin anak anda skor dengan cemerlang dalam keadaan yang seronok? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Apabila mengajar, saya suka mengenali pelajar saya dengan lebih baik dahulu. Ini kerana, dengan mengenali dan mengetahui cara belajar seseorang (contohnya teknik belajar melalui melihat, mendengar dan sebagainya), ia akan memudahkan saya untuk menggunakan teknik mengajar yang betul. Dengan ini, proses pembelajaran akan menjadi lebih efektik dan produktif. Pelajar juga akan berasa lebih seronok. Bagi saya, belajar dalam keadaan seronok dengan cara yang tepat adalah antara rahsia kejayaan saya semasa di sekolah dan universiti dahulu. Besar harapan saya supaya anak didik saya boleh berjaya dengan jauh lebih baik.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 6
Bahasa Inggeris Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 6
Matematik Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 6
Sains Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 6
P. Islam Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 6
Mengaji - Iqra Darjah 4, Dewasa, Darjah 6
Jawi Darjah 4
Mengaji - Al-Quran Darjah 4
Membaca - BM Darjah 4, Darjah 6
Prasekolah - 3M Darjah 4
Sains - DLP Bahasa Inggeris Darjah 4