Profile Picture

Ummi Izzati *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Master Of Science (Sports Science And Recreation)

Tasek Gelugor, Pulau Pinang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai, saya cikgu Ummi Izzati. Saya merupakan seorang akademik tutor dan saya mempunyai pengalaman mengajar anak-anak khas ( PPKI) di Sekolah Kebangsaan Jelempok, Arau Perlis. Subjek major saya adalah sains sukan dan psikologi sukan, namun saya juga boleh mengajar bahasa melayu, matematik dan bahasa inggeris. Saya berkemahiran dalam meningkatkan motivasi pelajar dan mendisiplinkan pelajar untuk belajar. Saya juga mempunyai kemahiran untuk mengawal kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran iaitu seperti Learning Disabilities, ADHD, Dyscalculia dan Dyslexia. Anda mahukan perubahan untuk anak anda ?. Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya akan mengenalpasti teknik yang sesuai bagi setiap pelajar dan mengenalpasti titik kelemahan mereka supaya dapat memberikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Antara teknik yang akan digunakan dalam pengajaran termasuk mind map, gambar, video dan contoh contoh menarik yang dapat dikaitkan dengan pelajaran supaya dapat mencerdaskan pemikiran pelajar. Saya juga akan menggunakan bahan mengajar yang dapat menarik dan melakukan aktiviti yang menarik ketika proses pembelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5